Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;
Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;
H to show hint;
A reads text to speech;
8 Cards in this Set
- Front
- Back
Senaraikan langkah2 untuk mempertingkat prestasi pelajaran. |
(a) Beri tumpuan sewaktu guru sedang mengajar di kelas. (b) Siapkan jadual belajar & ulangkaji setiap pelajaran baharu selepas sekolah. (c) Belajar secara berkumpulan dengan kawan-kawan. (d) Hadiri kelas tambahan atau kelas tuisyen. (e) Buat latihan latih-tubi. |
|
Huraikan mengapa kita harus beri tumpuan ketika guru sedang mengajar di kelas. |
Guru merupakan pakar dan paling berkemahiran, berpengalaman dan berkelayakan dalam subjek tersebut. --> Dengan memberi fokus pada pelajaran, pelajar boleh bertanya soalan dengan segera jika dia ada sebarang kebingungan atau dia tidak faham. --> Ada kala, guru akan memberikan tip bagi bahagian-bahagian subjek yang memerlukan lebih tumpuan sewaktu peperiksaan. |
|
Mengapakah kita harus ada jadual belajar? |
Pelajar perlu siapkan dan ikuti jadual --> pastikan masa pelajar terurus --> utamakan subjek-subjek yg lemah / peruntukkan lebih masa untuk subjek tersebut. Dengan adanya jadual belajar, pelajar juga boleh terapkan waktu rehat yang sesuai. Masa santai sangat penting supaya untuk elakkan stres. |
|
Ulangkaji pelajaran harus. Mengapa? |
Ulangkaji penting supaya kita dapat terapkan dengan penuh apa yang baru dipelajari --> kita tidak akan lupa--> kita dapat bertanya kepada guru secepat mungkin jika ada apa-apa keraguan/ketidakpastian.
|
|
Huraikan faedah-faedah belajar secara berkumpulan. |
Pelajar perlu bergaul dengan kawan yang baik dan jauhi mereka yang bermasalah. --> Mereka harus ada matlamat kejayaan yang sama. Suasana belajar dengan kawan lebih tenang dan selesa--> pelajar mungkin takut atau segan untuk bertanya kepada guru di sekolah -->belajar berkumpulan memanfaatkan 2 pihak (A boleh faham dgn lebih jelas + B dapat mengukuhkan pengetahuan sendiri apabila mengajar A) --> boleh wujud semangat pertandingan yang sihat antara kawan-kawan --> memotivasikan pelajar untuk menjadi lebih gigih. |
|
Apakah kebaikan hadiri kelas tambahan atau kelas tuisyen? |
Pelajar boleh dapatkan bantuan tambahan --> untuk kelas tuisyen yang dilakukan secara individu, pelajar akan dapat tumpuan penuh dari guru tuisyen --> guru tuisyen akan tahu kelemahan & kekuatan pelajar dengan lebih mendalam --> guru tuisyen dapat menyusun rancangan pelajaran mengikut keperluan pelajar. --> guru tuisyen juga boleh sarankan teknik/strategi yang lebih sesuai untuk pelajar. |
|
Membuat latihan latih tubi amat bermanfaat. Apakah sebab2nya? |
Mendedahkan pelajar kepada jenis-jenis soalan peperiksaan (kebanyakan buku latihan mengandungi kompilasi kertas-kertas soalan yang autentik) --> pelajar boleh membiasakan diri dan melatih diri di rumah --> pelajar boleh berlatih secara berdikari --> terdapat buku latih tubi yang menyediakan skema jawapan yang komprehensif --> jika masih tidak faham, barulah pelajar boleh menanyakan guru sekolah/tuisyen. |
|
Apakah contoh-contoh peribahasa yang sesuai digunakan untuk karangan bertemakan PENDIDIKAN? |
Contoh-contoh seperti: - Alah bisa tegal biasa - Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. - Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. - Menyediakan payung sebelum hujan - Malu bertanya sesat jalan - Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. |